Monday, March 8, 2010

karangan ucapan guru kelas perpisahan

Salam sejahtera dan selamat petang saya ucapkan kepada Cikgu Anisah dan juga rakan-rakan sekelas sekalian.Terima Kasih kerana telah memberi peluang kepada saya menyampaikanucapan dalam majlis yang penuh bermakna.

Seperti yang kita semua sedia maklum,majlis pada

petang ini merupakan majlis perpisahan guru kelas kita,Cikgu

Anisah yang akan berpindah ke sekolah baru pada minggu

hadapan.Saya selaku ketua kelas ingin megucapkan jutaan terima kasih atas didikan dan tunjuk ajar cikgu selama ini.

Cikgu Anisah merupakan seorang cikgu yang sangat

berdedikasi dan megambil berat tentang murid-muridnya.

Beliau tidak membiarkan murid-muridnya ketinggalan dalam

pelajaran.Bagi memastikan kejayaan semua murid,beliau telah mengadakan kelas tuisyen secara percuma untuk murid-murid

yang kurang cemerlang.

Cikgu Anisah juga banyak membantu dalam

menceriakan kelas sehingga kelas kita menjadi kelas terbersih sepanjang tahun.Banyak lagi sumbangan Cikgu Anisah

yang tidak dapat saya senaraikan dalam ucapan ini.

Perpindahan cikgu ke sekolah baharu merupakan kehilangan

yang besar kepada kami semua.

Segala tunjuk ajar nasihat cikgu akan kami ingat sampai bila-bila.Kami semua juga memohon maaf atas

kenakalan kami sepanjang cikgu mengajar kami.Kami juga

berharap agar cikgu gembira mengajar di sekolah ini.

4 comments:

  1. haha u where u live hafizi???
    where u live amir daniel???
    where u live nuqman hazim??

    XD LOLZ

    ReplyDelete
  2. karangan yg agak bagus..tapi,saya x tahu nie berapa perenggan???

    ReplyDelete
  3. Karangan ucapan bukan ka dimulakan dengan kata alu-aluan??

    ReplyDelete